Hari ni, tiba2 terigin nak tgk balik video arwah ibu yg abg pernah burn dalam cd dulu. Rindu sangat pada ibu. Rindu kata-kata perangsang seorang ibu. Rindu pujukan ibu bila diri ini lemah dan sedih. Rindu semuanya. Tapi diri ini perlu ingat, setiap yang Allah aturkan adalah yang terbaik buat hambaNya. Banyak perubahan dalam diri dan keluarga yg dapat diri ini rasakan sejak pemergian ibu. Kasih sayang yg ada di hadapan mata lebih dihargai. Dan diri ini harus bertungkus lumus mencari ‘bekal’ di ‘pulau persinggahan’ ini sekiranya ingin berkumpul kembali di syurgaNya. Moga Allah pertemukan kembali kita di SyurgaNya kelak, insyaAllah.
Peperiksaan makin hampir. Diri ini ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf pada semua sekiranya ada salah dan silap. Semoga Berjaya mengharungi peperiksaan kali ini dengan cemerlang. Ingatlah, apa yang penting ialah USAHA kita. Allah pandang pada USAHA dan bukan pada keputusan. Seorang itu tidak patut rasa sedih sekiranya sudah belajar dengan bersugguh tapi tidak mendapat keputusan cemerlang dan seorang itu patut rasa sedih sekiranya belajar ala kadar tapi dapat keputusan yang cemerlang. Belajar itu satu ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak pahala yang diperoleh, insyaAllah.
ALL THE BEST IN EXAM!
